Kisah Nabi Yusuf

Dua pelajaran diperolehi daripada kisah Nabi Yusuf. Pertama, mengenai makna sepatah perkataan Arab di dalam al-Qur’an. Perkataan itu ialah “rasul” yang lazimnya diguna untuk “Rasul Allah”, atau “Utusan Allah”. Akan tetapi, pada sebuah ayat dalam surah Yusuf perkataan itu digunakan oleh Allah untuk seorang utusan atau pembawa berita kepada seorangraja. Inilah ayatnya:

“Raja berkata, ‘Datangkanlah dia (Yusuf) kepadaku.’ Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia (Yusuf) berkata, ‘Kembalilah kepada pemelihara (raja) kamu, dan tanyalah dia, ‘Bagaimanakah dengan wanita-wanita yang memotong tangan mereka?’ Sesungguhnya Pemeliharaku mengetahui muslihat mereka.’” (Qur’an 12:50).

Maka perkataan rasul bukan sahaja diguna untuk Rasul Allah, malah ia boleh digunakan untuk orang yang tugasnya seperti utusan atau pembawa berita bagi orang lain.

Rasul di dalam ayat tadi adalah orang suruhan bagi seorang raja yang dihantar, atau diutus, untuk berjumpa dan membawa Nabi Yusuf dari penjara ke istana. Begitulah sedikit kisah Nabi Yusuf yang menarik disebut di sini.

Dengan itu, membawa kepada pelajaran kedua dalam kisah Nabi Yusuf dengan adik-beradik, ibu dan bapanya. Cerita-cerita mereka merupakan suatu pelajaran juga, seperti kata Allah:

“Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda” (12:111).

Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur’an. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, iaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.

Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al-Qur’an. Firman-Nya:

“Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur’an ini” (12:3).

Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.

“Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, ‘Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya” (12:4).

Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.

Abang-abangnya tidak suka padanya kerana mereka sangka Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain. Akan tetapi,

“Seorang daripada mereka berkata, ‘Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan’” (12:10). 

Setelah menetapkan rancangan itu mereka pergi kepada bapa mereka, meminta kebenarannya, supaya Yusuf dapat pergi bersama mereka untuk bersuka-suka dan bermain-main pada keesokan hari.

Pada mulanya bapa mereka keberatan untuk membenarkan Yusuf pergi bersama mereka, dengan berkata “Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya” (12:13).

“Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami mewahyukannya, ‘Kamu akan memberitahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak menyedari’” (12:15). 

Mereka balik kepada bapa mereka pada waktu isyak, menangis dan berkata, “Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami, lalu serigala memakannya. Tetapi ayah tidak akan mempercayai kami, walaupun kami berkata benar.”

Dan, mereka menunjukkan baju Yusuf dengan darah palsu padanya. Bapanya berkata, “Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan.”

Tidak lama kemudian, pengembara-pengembara datang ke perigi di mana Yusuf berada di dasarnya. Mereka mengutus seorang pengambil air lalu dia menurunkan timbanya. Tiba-tiba dia berkata, “Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda.” 

Mereka mengambil Yusuf dan merahsiakannya sebagai barang dagangan; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. Kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, hanya beberapa dirham sahaja, kerana mereka tidak menghargainya.

Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, “Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak sendiri.” 

Dengan itu, Tuhan meneguhkan Yusuf di bumi supaya Dia mengajarnya interpretasi mimpi.

Maka tinggallah Nabi Yusuf bersama orang Mesir yang membelinya sehingga dewasa. Dia menjadi seorang lelaki yang amat kacak. Kekacakan beliau membuatkan perempuan, yang di rumahnya dia tinggal, tergoda.

Perempuan itu menutup pintu-pintu seraya berkata, “Marilah kepadaku!” Yusuf menjawab, “Pada Allah berlindung! Sesungguhnya tuanku telah memberi aku tempat tinggal yang baik!”

Kalau tidak kerana pertolongan Allah, Nabi Yusuf turut tergoda pada perempuan itu. Kedua-duanya lari ke pintu, dan perempuan tersebut mengoyakkan baju Yusuf dari belakang. 

Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Perempuan itu berkata, “Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?”

Yusuf berkata, “Dia yang menggoda saya”. Lalu seorang daripada ahli keluarga itu memberi suatu penjelasan, “Jika bajunya dikoyakkan di bahagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar, dan Yusuf berdusta, tetapi jika bajunya dikoyakkan di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan  Yusuf orang yang benar.”

Apabila ketua mereka melihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, “Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar. Yusuf, berpalinglah daripada ini, dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu bersalah.”

Kejadian itu sampai ke telinga wanita-wanita tertentu di kota. Mereka berbisik, “Isteri Gabenor menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta!”

Setelah isteri Gabenor mendengar bisikan-bisikan licik mereka, dia mengutus kepada mereka, dan menyediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia memberikan tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau.

Kemudian, dia menyuruh Yusuf pergi kepada perempuan-perempuan tersebut. Apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka memotong tangan-tangan mereka, dengan berkata, “Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia.”

Lalu isteri Gabenor berkata, “Inilah dia orangnya yang kamu mencela aku dengannya. Benar, aku telah menggoda dia, tetapi dia menolak. Dan, jika dia tidak membuat apa yang aku memerintahkannya, dia akan dipenjarakan.”

Yusuf berkata, “Pemeliharaku, penjara lebih aku menyukai untukku daripada apa yang mereka menyeru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak memalingkan  muslihat mereka daripada aku, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku menjadi orang yang bodoh.”

Pemeliharanya pula menyahutinya, dan Dia memalingkan daripadanya muslihat perempuan-perempuan itu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

Maka Yusuf dimasukkan ke dalam penjara. Bersama dia adalah dua orang pemuda. Seorang daripada mereka berkata, “Aku bermimpi bahawa aku memerah anggur.” Berkata yang lain, “Aku bermimpi bahawa aku membawa roti di atas kepalaku dan burung-burung makan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya. Kami melihat bahawa kamu adalah orang yang berbuat baik.”

Yusuf berkata, “Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk tuannya; bagi yang satu lagi, dia akan disalib, dan burung akan makan sebahagian daripada kepalanya.”

Kemudian dia berkata kepada orang yang dia menyangka akan diselamatkan antara keduanya, “Sebutlah aku kepada tuan kamu.” Akan tetapi, syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutnya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.

Suatu hari, raja berkata, “Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku.”

Tiada seorang pun antara mereka yang tahu. Kemudian pemuda yang telah diselamatkan dahulu berkata, setelah teringat, “Aku sendiri akan memberitahu kamu interpretasinya, maka utuslah aku.”

“Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus memakan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering, supaya aku kembali kepada mereka agar mereka mengetahui.”

Yusuf berkata, “Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Selepas itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.”

Raja berkata setelah mendengar interpretasi mimpi oleh Yusuf yang dibawa oleh utusannya, “Datangkanlah dia kepadaku.” Apabila utusan itu tiba, Yusuf berkata, “Kembalilah kepada tuan kamu, dan tanyalah dia, mengenai wanita-wanita yang memotong tangan mereka?” 

Raja bertanya, “Apakah urusan kamu, perempuan-perempuan, apabila kamu menggoda Yusuf?” Mereka menjawab, “Dijauhkan Allah! Kami tidak mengetahui kejahatan padanya.” 

Isteri Gabenor berkata, “Sekarang yang benar akhirnya menjadi nyata. Sayalah yang menggodanya.”

Raja berkata, “Datangkanlah dia kepadaku. Aku akan mendekatkannya dengan diriku.” Setelah Yusuf berada dengannya, dia berkata kepada Yusuf, “Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami.”

Yusuf berkata, “Lantiklah saya kepada perbendaharaan bumi ini; saya adalah penjaga yang alim (berpengetahuan).”

“Maka Kami meneguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia kehendaki, dan Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik” (12:56).

Suatu hari, saudara-saudara Yusuf datang lalu masuk kepadanya. Dia kenal akan mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya. Mereka datang untuk meminta pertolongan makanan.

Setelah Yusuf menyiapkan bekal untuk mereka, dia berkata, “Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu melihat aku menepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu? Tetapi jika kamu tidak mendatangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu dapat mendekatiku.”

Mereka menjawab, “Kami akan memujuk bapa kami; itu kami akan buat.”

Lalu Yusuf menyuruh budak-budak suruhannya meletakkan balik barang-barang mereka (yang dibawa untuk mengganti bekalan makanan daripada Yusuf) ke dalam pundi-pundi mereka supaya mereka mengenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka.

Apabila mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, “Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami, maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami mendapatkan sukatan itu. Sesungguhnya kami akan menjaganya.”

Bapa mereka berkata, “Adakah aku akan mempercayai kamu kepadanya seperti aku mempercayai kamu kepada saudaranya dahulu?”

Dan, apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka mendapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, “Ayah, apakah yang kita menginginkan lagi? Barang-barang kita dikembalikan kepada kita, dan kita mendapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan menjaga saudara kita; kita akan mendapat tambahan beban seekor unta. Itulah sukatan yang mudah.”

“Aku tidak akan mengutusnya bersama kamu sehingga kamu memberi aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan mendatangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi.” Apabila mereka telah memberikannya janji mereka, dia berkata, “Allah menjadi Wakil atas apa yang kami ucapkan.”

Maka apabila mereka masuk kepada Yusuf sekali lagi, dia mengambil saudaranya kepadanya, seraya berkata, “Aku saudara kamu; maka janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang mereka buat.”

Kemudian, apabila Yusuf menyiapkan persiapan untuk mereka, dia meletakkan gelas minumannya ke dalam pundi saudara yang diambilnya. 

Sedang mereka mula bertolak untuk kembali kepada keluarga mereka, datang pula orang yang menyeru, “Hai kafilah, kamu adalah pencuri!”

Mereka bertanya sambil mendekati orang yang menyeru, “Apa yang kamu hilang?” 

“Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan mendapat beban seekor unta; itu aku jamin.”

Mereka berkata, “Demi Allah, kamu mengetahui bahawa kami tidak datang untuk membuat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri.”

“Apakah balasannya jika kamu adalah pendusta?”

“Balasannya – dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami membalas orang-orang yang zalim.”

“Maka dia (Yusuf) memulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia mengeluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami membuat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh mengambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah menghendaki.

Mereka berkata, “Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu.” Tetapi Yusuf merahsiakannya di dalam dirinya, dan tidak menampakkannya kepada mereka, dengan berkata, “Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat mengetahui apa yang kamu menyifatkan.”

Mereka berkata, “Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik.” 

Berkata, “Allah menegah bahawa kami patut mengambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami mendapati barang kami padanya, kerana jika kami berbuat demikian, tentulah kami menjadi orang-orang yang zalim” (12:76-79).

Apabila mereka kembali kepada bapa mereka dan menceritakan hal saudaranya yang mencuri dan ditahan di Mesir kedukaan bapanya bertambah,

“Dan dia berpaling daripada mereka, dan berkata, ‘Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf!’ Dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya di dalam dirinya” (12:84).

Kemudian dia berkata, “Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum yang tidak percaya (kafir).”

Lalu mereka pergi kepada Yusuf dan berkata, “Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedekah.”

Yusuf bertanya, “Adakah kamu mengetahui apa yang kamu melakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?”

Mereka menjawab, “Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?” 

Dia berkata, “Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.”

Mereka berkata, “Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih menyukai kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah.”

Yusuf berkata, “Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah mengampuni kamu; Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lemparlah ia kepada muka ayahku, dan dia akan memperoleh kembali penglihatannya; kemudian datangkanlah kepadaku keluarga kamu kesemuanya.”

Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, “Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf, melainkan kamu menuduh aku nyanyuk.”

Mereka berkata, “Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu.”

Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan melemparkan baju Yusuf ke mukanya, tiba-tiba dia kembali dapat melihat. Dia berkata, “Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?”

Mereka berkata, “Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah.”

“Sungguh, aku akan meminta Pemeliharaku untuk mengampuni kamu; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.”

Kemudian mereka berangkat ke Mesir untuk menemui Yusuf.

“Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia mengambil ibu dan bapanya kepadanya, dengan berkata, ‘Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah mengkehendaki, dalam keadaan aman.’

Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas singgahsana; dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, ‘Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi mimpi. Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih” (12:99-101).

8 Tips Mengelakkan Penangguhan

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘procastination’ merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.

Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.

Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan

Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil

Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda

Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang

Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu

Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar

Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda

Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda

Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

di kongsikan dari Dr Inspirasi

PKT Logistics

Apa itu PKT Logistics?

PKT dengan kata lain adalah port klang trading.

PKT Logistics Group Sdn Bhd (PKT) telah diiktiraf oleh pelanggan-pelanggan PKT untuk proses bekalan unggul pengurusan rantaian yang menjadikan kecemerlangan perniagaan mereka.

Dengan komitmen yang kuat kepada kejayaan pelanggan-pelanggan PKT, PKTmemberi tumpuan kepada pelbagai sektor pasaran termasuk FMCG Automotif, F & B dan Tenaga Diperbaharui.

PKT juga menawarkan pelanggan-pelanggan PKT untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan masa transit.
Sebagai sebuah syarikat logistik terkemuka, PKT menyediakan reka bentuk akhir-ke-hujung, pelaksanaan dan operasi penyelesaian logistik penghantaran barang,pembrokeran kastam, logistik kontrak, pengangkutan dan pengurusan pengedaran untuk syarikat-syarikat nasional dan multinasional yang besar dan sederhana.

PKT dibangunkan dibawah wawasan ini:

  • Hasil nisbah sumbangan 60:40 antara segmen Automotif Automotif dan Bukan. Bukan automotif akan didorong terutamanya oleh FMCG. PKT mensasarkan untuk merealisasikan objektif ini dengan tahun 2013.
  • Sumbangan hasil sebanyak 30% oleh negara-negara Asean lain ditambah India, Korea dan Taiwan oleh tahun 2013.
  • Gudang kawasan pemilikan 5 juta kaki persegi di Asia pada tahun 2015.
  • Sasaran Hasil sebanyak RM1 bilion menjelang tahun 2015.


PKT juga telah mencipta slogan “Kami berkhidmat … dengan semangat” kerana PKT amat percaya keghairahan iaitu motivasi dalaman adalah dasar terbaik dalam melanjutkan perkhidmatan pelanggan yang sempurna yang penting untuk jumlah penyedia perkhidmatan logistik.

 

Anugerah PKT:

Jom melawat kawasan PKT.

The Lighthouse 

The Ship

The Waves

The Sea Of Pineapples

Jom Sign up Octove.com

Apa itu OCTOVE.COM?


Pangkalan octove adalah di Malaysia, Octove adalah komuniti sosial dalam talian yang selamat & dinamik.Ia juga adalah daripada rangkaian sosial yang mudah, selain itu octove merupakan laman rangkaian profesional untuk pemuzik, penari, pelakon, jurutera, pencari kerja dan perniagaan.

Octove.com  juga adalah pusat yang menghubungkan satu Malaysia tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau ideologi.

Octove ini Bukannya tempat yang membahagikan dunia siber Malaysia ke dalam kategori-lategori seperti Twitter, Blog, Facebook, Youtube, parti-parti politik, sektor kerajaan, sektor swasta,tetapi  bayangkan semua bahagian ini boleh bersatu di satu tempat. Iaitu di Octove.com.

Matlamat Octove  adalah untuk mewujudkan satu rangkaian sosial yang lebih sosial untuk Malaysia, yang menghormati adat tempatan dan nilai-nilai.

Motivasi utama octove adalah untuk membawa rangkaian sosial, hiburan dan perniagaan kepada satu platform mega, yang dipandu dan dikawal daripada unsur-unsur negatif tetapi masih menghormati kebebasan bersuara dan kreativiti.

 ” we are different” dengan slogan ini ternyata memang benar akan kelainannye

Kelebihan yang ada pada octove adalah:

  • Setiap status yang di paparkan di octove.com turut sama boleh dihubung terus ke dinding facebook atau twitter anda dalam masa yang sama. Ini bermaksud anda tidak perlu login facebook dan twitter hanya untuk post status yang sama, ini dapat menjimatkan masa anda.
  • Boleh menggunakan ruangan chat untuk memindah atau menghantar fail secara terus kepada rakan berbual mereka.
  • Web cam atau menggunakan peranti video juga disediakan kepada pengguna yang mahu berbual sambil melihat rakan mereka seperti yang biasa kita gunakan di Skype dan Yahoo Messenger.
  • Apa yang menariknya lagi, selain itu kita dapat mengumpul mata atau ‘point‘ dari laman ini, dan mata (point) ini dapat kita gunakan dengan menebus semula untuk pembelian barangan yang pihak octove.com sediakan di ruangan Shop Listing. Setiap barangan akan di kemaskini dari masa ke semasa.

 

tempat menebus ‘point’ anda

Sumayyah Wanita Pertama Mati Syahid

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

Salman Al-Farisi Pemimpin Yang Rendah Diri

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia. Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.

Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: “Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.” Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan”. Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.

10 Ciri-Ciri Muslim

10 Muwasafat Tarbiyyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.

· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

· Pesanan al-Banna:

· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

 

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.

· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.

· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

· Menjauhi riba dalam semua lapangan.

· Menyimpan untuk waktu kesempitan.

· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

 

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

 

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

 

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

 

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

 

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

 

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

dikongsikan dari pembina

Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

 

1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

4-Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.

7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

 

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..

Petua Diet Rasulullah S.A.W

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

 

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH

DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya… kawan2 cubalaa……………………………

Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah…

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat

amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk

yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran

darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…

Sama2lah kita mengamalkannya…….

Peluang Memenangi Bercuti di Penang

Assalamualaikum..

Hari ini saya ade terbaca satu status facebook owner sjiehan mengatakan dia nak masok satu pertandingan. Saya tertarik dan tanya pertandingan apa?? Jadi dia kasi saya link ke blog azmanisma dan saya tahulah bahawa tuan ini buat pertandingan.

Kontest ini akan dijalankan sebanyak 3 peringkat.

 

1.Pendaftaran kepada blogger yang berminat.(peringkat pertama)

 

2.Review blog www.azmanisma.com di Alexa Review.(peringkat kedua)

 

3.Pengumuman pemenang(peringkat ketiga) 21/2/2012 (sempena birthday tuan blog)

 

Dan Hadiahnye pula

1. Menginap 2 hari 1 malam di Holiday Inn Resort Penang + breakfast untuk 2 orang (Feringgi Tower Seaview)Voucher Valid sehingga 9/5/2012)

2.Makan malam untuk 2 orang di www.enakkl.com.(berharga rm 200)

3. 3 keping Cloth Diaper berharga rm150 tajaan zigiezag cloth diaper malaysia.

 

Yang saya tertarik bercuti di penang tuh..siapa tak nak peluang bercuti selama 2 hari satu malam PERCUMA..hehehe..

 

“Kontest ini di anjurkan oleh Blog www. azmanisma.com ”